Mengenai Saya

Foto saya
Blog ini dimiliki oleh Zawawi Hussain FB : Zawawi Hussain HP : +6013-3405910 email : wanmohdzawawi@gmail.com

Sabtu, 27 Oktober 2012

Pengenalan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tafsir Al-Azhar adalah sebuah kitab karangan Prof Dr Hamka yang tersimpan di dalam rak buku rumah saya di kampung iaitu di Wakaf Bharu, Kelantan. Saya pernah cuba membacanya dari zaman kanak-kanak lagi. Malangnya masa itu ianya bukannya satu keutamaan. Baca dua tiga muka surat pun dah penat bukannya apa sebab tak faham. Tambahan pula pembelajaran saya bukannya pada aliran agama. Dari sekolah rendah sampai tamat universti, ilmu agama hanya sekadar berkaitan dengan hal-hal ibadat sembahyang dan puasa jer. Lagipun itu jer dipelajari dan diamalkan. Yang lain-lain itu adalah sikit dari pembacaan buku-buka agama dan ceramah kat masjid. Begitulah apabila berada di dalam sistem pendidikan sekular.

Kesedaran untuk memahami agama secara mendalam timbul apabila saya ditugaskan di Kuching, Sarawak pada tahun 2008. Pada masa tu saya mula berkenalan dengan ramai ustaz-ustaz dari semenanjung yang ditugaskan di sana. Di sana, saya menyertai kumpulan usrah, kuliah fekah (kitab fat'ul Muin) dan kenangan yang paling berguna ialah apabila saya menjadi pelajar Darussyifa dan telah dijazahkan pada bulan Julai 2011. Sempat jugalah membantu kumpulan Darussyifa Sarawak melakukan kerja-kerja amal membantu mereka yang memerlukan. seterusnya sama berdakwah memberi kesedaran kepada masyarakat. Saya kembali semula bertugas di Kuala Lumpur pada bulan Disember 2011 sampai sekarang. Apabila kembali ke semenanjung, semua aktiviti keagamaan saya telah terhenti. Ditambah pula dengan kesibukan kerja di bandar metropolitan yang tak pernah mempedulikan keperluan untuk diri sendiri. Masa yang ada hanya ditumpukan kepada memikirkan keuntungan syarikat sahaja. Kadang-kadang jiwa ini memberontak kerana rasa makin jauh dengan agama.

Di pagi yang hening ini, saya membuka helaian kitab tafsir Azhar, dan sekian lama saya membaca tetapi tak pernah habis. Tujuan saya tulis kat blog atas dua tujuan iaitu untuk diri sendiri dan untuk semua pembaca. Selain dari bahagian pengenalan ini, semua yang saya tulis adalah sebiji saya ambil dari kitab tafsir tersebut. Ini adalah kerana saya tak layak nak buat apa-apa ulasan atau perubahan. Ulasan sendiri bolehlah dibuat pada bahagian komen. Apa yang penting tulisan asal mestilah dikekalkan keasliannya.  Cuma saya masukkan tafsiran sahaja. Ayat-ayat Alquran yang saya tak masukkan. Saya tulis rujukan surah dan ayat sahaja. Pembaca boleh rujuk ayat-ayat asal pada kitab Al-quran masing-masing.

Saya berharap perkongsian ini akan dapat membantu pembaca untuk sama-sama memahami Ayat-ayat Al-Quran dan seterusnya menjadi amalan kita bersama.

Sekian dan salam hormat.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan